Berita

Pesara Akan Mendapat Bantuan RM500 Pada 20 Mac 2019!

Mereka yang mengutip pencen bawah RM1,000 bakal menerima bantuan pesara sebanyak RM500 pada 20 Mac 2019. Ini selaras dengan pembentangan Bajet 2019 bulan November tahun lalu.

Akhbar Berita Harian melaporkan pengumuman ini dan dianggarkan seramai 75,352 orang pesara akan menikmati bayaran RM500 ini, untuk meringankan bebanan pesara dalam kategori ini.

Pengumuman tentang bantuan pesara 2019 ini dibuat oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan semakan secara menyeluruh itu dibuat melalui pelbagai agensi antaranya Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Jabatan Akauntan Negara, Bendahari Negeri, Pertubuhan Keselamatan Sosial Malaysia (PERKESO), Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)

Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi 03-8885 4648/ 4432/4667 (waktu bekerja, hari bekerja) atau emel kepada bantuanoneoff@jpa.gov.my.


Pepatah Pepitih: Sila ingatkan ahli keluarga atau saudara mara yang sudah bersara untuk menuntut jumlah ini.


Gali Lagi:

  1. Laporan asal Berita Harian: Klik Sini

Artikel Berhubungkait

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button