Kad Kredit

Pilih Kad Kredit Pertama Anda – Maksimumkan Manfaat, Elakkan Beban Hutang

Jika anda mula bekerja tahun ini, anda mungkin teruja untuk memohon kad kredit pertama anda. Kami ingatkan yang kad kredit ialah alat yang amat berguna dalam kehidupan kita, tetapi perlu digunakan dengan bertanggungjawab. Anda wajib memantau penggunaannya, perbelanjaan anda dan sentiasa membayar jumlah hutang sebanyak mungkin pada setiap bulan.


Kad kredit boleh menjadi satu alat yang memudahkan atau suatu beban yang berat.
Gambar oleh  
rawpixel daripada Unsplash

Apa pun, berikut kami senaraikan panduan untuk memilih kad kredit anda yang pertama:

Cari kad kredit pada taraf gaji anda

  • Kad kredit dikeluarkan kepada pengguna pada tahap pendapatan tahunan berbeza.
  • Layari laman web bank dan kaji kad kredit mana yang anda layak pohon.

Perhatikan kadar faedah dan caj tahunan

  • Kad kredit mengenakan faedah tinggi sekiranya anda tidak membayar baki setiap bulan.
  • Fahami berapa haribulan anda mesti bayar baki kad kredit anda.
  • Pilih kad kredit yang tiada caj tahunan.

Fahami pola perbelanjaan anda sendiri.

  • Kad kredit berlainan ada insentif berlainan untuk gaya hidup berlainan.
  • Jika anda suka bercuti, contohnya, ada kad kredit yang mengumpul mata ganjaran semasa membeli tiket kapalterbang atau membuat tempahan hotel. Ada juga yang menawarkan diskaun digunakan semasa makan di restoran, atau membeli-belah dalam talian.
  • Pilih kad yang anda fikir akan memaksimumkan manfaat dan ganjaran untuk anda.

Pepatah Pepitih: Jangan lupa untuk memantau penggunaan kad kredit anda dan bayaran balik yang diperlukan.

Artikel Berhubungkait

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button