Anda Mampu Jimat RM110 Sebulan! Grab Melancarkan GrabClub

Aplikasi ‘ride-hailing’ popular, Grab, telah melancarkan GrabClub – satu langganan bulanan yang memberikan diskaun ketika menggunakan perkhidmatan Grab.

Langganan pengenalan berupa Grab-It-All-Pass berharga RM50 yang membolehkan anda mendapat diskaun sehingga RM110 untuk perkhidmatan Grab dan GrabFood.
Garb-It-All-Pass memberi diskaun RM4 untuk setiap langganan Grab (terhad kepada 15 perjalanan) dan RM5 untuk 10 tempahan GrabFood melebihi RM20.
Pengguna Grab boleh membeli pas ini menggunakan GrabPay Credits – satu perkhidmatan e-wallet yang dikendali oleh Grab.
Laporan penuh menerusi The Star.
Pepatah Pepitih: Sekiranya anda menyimpan RM110 sebulan hasil penjimatan ini dalam Amanah Saham Bumiputera, pada kadar faedah 7% setahun, anda akan dapat mengumpul RM7590.98 selepas 5 tahun – cukup untuk percutian ke eropah buat seorang.