Berita

E-wallet di Klinik Kesihatan

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mensasarkan khidmat pembayaran nirtunai di klinik-klinik kesihatan Malaysia dalam masa dua tahun.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad dilaporkan berkata pembayaran tanpa tunai (cashless) menjadi satu cara lebih baik dan mudah bagi seluruh rakyat kerana ia dapat menjimatkan masa.

Kini  pesakit yang mendapatkan rawatan di klinik-klinik kesihatan mempunyai pilihan untuk menggunakan aplikasi Boost dalam membuat pembayaran selain secara tunai, kad kredit dan kad debit.

Ini menjadikan  (KKM) kementerian pertama melaksanakan pembayaran perkhidmatan perubatan tanpa tunai melalui aplikasi e-Wallet (Boost).

Empat klinik telah melaksanakan perkhidmatan ini iaitu Klinik Kesihatan Cheras, Klinik Kesihatan Kuala Lumpur, Klinik Kesihatan Presint 18 Putrajaya dan Klinik Kesihatan Seremban sejak bulan September yang lalu.

“Dengan adanya penggunaan e-Wallet ini, kadar masa menunggu pesakit di kaunter dapat dikurangkan walaupun hanya melibatkan bayaran pendaftaran RM1 bagi perkhidmatan kesihatan am dan RM5 bagi perkhidmatan pakar,” kata Dzulkefly ketika berucap merasmikan Majlis Pelancaran Pelaksanaan e-Wallet di Klinik Kesihatan Cheras baru-baru ini.

Pepatah Pepitih: Kos perubatan awam di Malaysia antara terendah di dunia. Gunakan dengan bertanggungjawab.

Gali Lagi:

  1. Laporan TheStar: Klik Sini
  2. Laporan The Malaysian Reserve: Klik Sini

Artikel Berhubungkait

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button