Berita

Kerajaan Umum Diskaun Sehingga 33% di 23 Lebuh Raya Sempena Aidilfitri

Sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri yang dijangka akan disambut pada hari Rabu (5 Jun) minggu hadapan, kerajaan telah mengumumkan diskaun sehingga 33% di 23 buah lebuhraya seluruh negara.

Diskaun berkenaan akan berkuatkuasa bermula pukul 12 tengah malam hingga 11.59 malam hari yang sama dan bakal dimanfaatkan oleh pengguna kenderaan Kelas 1.

Tiga lagi lebuhraya hanya menawarkan diskaun di plaza tol tertentu; Plaza Tol Ampangan bagi Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS) dengan 10%, 20% untuk Plaza Tol Perling dan Lima Kedai di Lebuhraya Laluan Kedua (LINKEDUA), 10% di Plaza Tol Pulau Indah di Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE) bagi trafik keluar sahaja.

Diskaun ini untuk semua kelas kenderaan bermula pukul 6 pagi pada 5 Jun hingga 5.59 pagi pada 7 Jun 2019.

Menteri Kerja Raya, Baru Bian dilaporkan berkata, pemberian diskaun tersebut dibuat sejajar dengan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat-syarikat konsesi lebuh raya bagi menghargai pengguna yang kerap menggunakan laluan berkenaan.

Kenderaan Kelas 1 diklasifikasikan sebagai kenderaan dua gandar dan tiga atau empat tayar tidak termasuk teksi.

Berikut ialah senarai penuh lebuhraya yang bakal mengenakan diskaun:

Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) – 33%
Lebuhraya Grand Saga (GSSB) – 30%
Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) – 20%
Lebuhraya Seremban-Port Dickson (SPDH) – 20%
Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE) – 20%
Lebuhraya Butterworth-Kulim (BKE) – 20%
Jambatan Pulau Pinang – 20% (kenderaan Kelas 2 sahaja)
Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 2 – 20%
Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE) – 20%
Lebuhraya Pantai Baru (NPE) – 20%
Lebuhraya BESRAYA – 20%
Lebuhraya MEX (Maju Expressway) – 15% (semua Kelas kenderaan)
Lebuhraya Grand Sepadu – 15%
Lebuhraya Shah Alam (Kesas) – 10%
Lebuhraya Kemuning-Shah Alam (LKSA) – 10%
Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE) – 10%
Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH) – 10%
Lebuhraya Kajang SILK (SILK) – 10%
Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) – 10%
Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 1 – 10%
Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (BORR) – 10%
Lebuhraya Sultan Abdul Halim Muadzam Shah (JKSB) – 10%
Lebuhraya Kuala Lumpur-Selangor (LATAR) – 10%

 

Pepatah Pepitih: Jaga keselamatan semasa pulang beraya. Berjimatlah dan ingat – tiada apa yang lebih bernilai mdaripada kehidupan yang sihat.

 

Gali Lagi:

  1. Laporan TheSun: Klik Sini
  2. Laporan MalaysiaKini: Klik Sini

Artikel Berhubungkait

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button