300,000 Baki Penerima BSH Fasa Kedua Akan Terima Bantuan Minggu Ini

Kerajaan akan mengkreditkan Bantuan Sara Hidup (BSH) 2019 fasa kedua kepada 300,000 penerima yang tidak menerima bantuan sebelum ini disebabkan akaun bank yang didaftarkan tidak tepat pada minggu ini.
Kementerian Kewangan dalam sebuah kenyataan memaklumkan pembayaran BSH 2019 akan dikreditkan terus ke akaun berkenaan mulai 14 Jun 2019.
“Perkara ini telah diumumkan kepada setiap penerima BSH melalui surat makluman dan turut dipaparkan di dalam portal BSH untuk makluman umum.
“Namun demikian, sebilangan penerima BSH 2019 telah mendaftar nombor akaun bank suami dan ini mengagalkan pengkreditan akaun kerana nombor akaun tersebut bukan di bawah nama isteri,” katanya.
Bagi memastikan penerima yang gagal dikreditkan menerima pembayaran berkenaan, Bank Simpanan Nasional (BSN) akan mewujudkan akaun bank baharu secara automatik untuk penerima yang berkenaan.
Maklumat akaun bank baharu boleh diketahui melalui surat makluman yang akan dikeluarkan dengan melayari portal BSH.
“Di samping itu, penerima daripada kawasan pedalaman yang tiada akaun bank pula, pembayaran akan dibuat mulai 1 Julai 2019 secara tunai,” katanya.
Sehingga 31 Mei 2019, bayaran fasa kedua BSH 2019 telah berjaya disalurkan ke dalam akaun bank bagi 3 juta penerima BSH 2019.
Pepatah Pepitih: Sila pastikan anda menerima bantuan dan kemudahan yang disediakan kerajaan.
Gali Lagi: