Kerajaan Sarawak Perkenal Insentif Balik Kampung RM600

Kerajaan negeri Sarawak telah meluluskan insentif tiket penerbangan sempena musim perayaan bernilai RM600 bagi setiap pelajar.
Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dilaporkan berkata, bantuan berupa tiket kapal terbang untuk pergi dan balik bagi merayakan perayaan Hari Raya Aidilfitri, Gawai dan Tahun Baru Cina.
Setiap seorang pelajar menerima peruntukan sebanyak dua kali setahun bernilai RM300 setiap kali untuk pembiayaan kos tiket kapal terbang semasa musim perayaan yang disebut di atas.
Subsidi tiket penerbangan tahun ini diperkenalkan kepada pelajar sepenuh masa di universiti dan institusi pengajian tinggi berdaftar dengan kementerian pendidikan.
Dianggarkan sebanyak 10,000 pelajar Sarawak kini menyambung pengajian dalam pelbagai jurusan di beberapa institusi pengajian tinggi (IPT) di luar Sarawak.
Justeru itu, Abang Johari menyeru kepada pelajar Sarawak untuk memanfaatkan insentif yang diberikan kerajaan negeri dan segera menempah tiket penerbangan.
Para pelajar yang telah membuat tempahan perlu memberikan resit tempahan itu kepada Sarawak Volunteer dan Yayasan Sarawak supaya dapat menerima imbuhan tersebut.
Menurut satu lagi laporan berita, setakat ini hampir 6,000 pelajar Sarawak di Malaysia Barat, Sabah dan Labuan telah menggunakan subsidi tiket penerbangan kerajaan untuk pulang ke kampung halaman bulan depan.
Pepatah Pepitih: Mun dah dapat duit RM300 ya, boh sik balit ndah!
Gali Lagi: