Berita

Levi Penerbangan Diperkenalkan Mulai Jun

Mulai 1 Jun ini, penumpang bagi penerbangan ke negara-negara Asia Tenggara akan dikenakan levi penerbangan sebanyak RM20 dan RM40 ke negara lain.

Levi ini ialah tambahan kepada caj perkhidmatan penumpang berjumlah RM73 yang telah dilaksanakan oleh lapangan terbang di Malaysia.

Jemaah Haji yang menunaikan ibadat itu untuk kali pertama tidak akan dikenakan bayaran ini.

Levi ini akan dilaksanakan setelah Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Levi Pelepasan 2019 pada hari Rabu yang lalu.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Amiruddin Hamzah semasa pergulungan RUU itu berkata, levi ini akan dipinda dari masa ke masa dan juga berkemungkinan diperluaskan kepada jenis pengangkutan lain seperti kapal persiaran dan sebagainya.

Menurutnya, pelaksanaan RUU ini juga dapat merancakkan industri penerbangan domestik negara serta menjana pendapatan negara sebanyak RM900 juta hingga RM 1 billion setahun.

Di bawah RUU ini, hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda RM500,000 atau kedua-duanya sekali akan dikenakan kepada mana-mana individu yang menghalang tugas pegawai kastam termasuk mencabul atau mengancam keselamatan mereka.


Pepatah Pepitih: Rancanglah perjalanan anda untuk mengoptimakan penjimatan.


Gali Lagi:

  1. Artikel FreeMalaysiaToday: Klik Sini
  2. Tentang Jemaah Haji kali pertama tidak perlu membayar levi: Klik Sini

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button