Berita

Kadar Caj PSC Diturunkan Kecuali di KLIA

Bermula 1 Oktober ini, kadar caj perkhidmatan penumpang (PSC) diturunkan kepada RM 50 daripada RM 73 di semua lapangan terbang kecuali di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook dilaporkan berkata kadar PSC bagi sektor lain di semua lapangan terbang terbabit kekal iaitu RM35 bagi penumpang penerbangan ASEAN dan RM11 untuk penerbangan domestik.

Dalam satu kenyataan, kementerian juga menyatakan  bagi penumpang-penumpang yang telah membuat pembayaran PSC dan telah membuat penerbangan mulai tarikh tersebut, tuntutan bayaran balik boleh dibuat daripada syarikat penerbangan yang berkenaan.

Kadar PSC di KLIA juga kekal iaitu RM73 bagi penerbangan antarabangsa, ASEAN (RM35) dan domestik (RM11), memandangkan ia adalah lapangan terbang premium.

Mulai bulan ini juga (1 September), rakyat Malaysia perlu membayar levi pelepasan antara RM8 dan RM150 apabila melakukan perjalanan ke luar negara.

Pepatah Pepitih: Pastikan anda tidak dikenakan caj berlebihan. Periksa resit anda dengan teliti.

Gali Lagi:

  1. Laporan Bernama: Klik Sini
  2. Laporan MalaysiaGazette: Klik Sini
Tag

Artikel Berhubungkait

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button
Close
Close