Hanya Orang Kaya Boleh Mula Melabur. Mitos Atau Fakta?

Apabila kita diajak mula melabur, perkara pertama yang terlintas dalam fikiran adalah, “Tak cukup duit. Belum kaya lagi. Kena simpan dulu.”
Tapi bagaimana jika sebenarnya pelaburan yang tak kira seberapa kecil akan menolong kita menyimpan untuk ke hari tua? Apa kata anda jika kami beritahu yang anda hanya perlukan RM100 sebulan untuk mula melabur?
Adakah anda akan mula melabur? Berikut kami akan terangkan bagaimana dan kenapa anda hanya perlu RM100 sebulan untuk mula melabur.
1. Cari kalkulator faedah kompaun di laman web.
Kalkulator faedah kompaun adalah sejenis kalkulator untuk mengira berapa banyak jumlah wang yang anda akan kumpul setiap tahun jika anda letakkan wang tersebut ke dalam instrumen pelaburan.
Kalkulator faedah kompaun yang kami suka gunakan adalah di laman web Moneychimp.Ia mudah dan tidak dilengkapi rajah yang sukar difahami. Sesuai untuk sesiapa yang baru nak bermula.
Klik sini untuk ke kalkulator faedah kompaun Moneychimp.

2. Berapa pulangan anda jika anda mula melabur RM100 setiap bulan?
Katakan anda berumur 25 tahun dan anda merancang untuk bersara pada umur 55 tahun, anda akan ada 30 tahun untuk “menyimpan.”
Tapi bagaimana jika anda melabur RM100 setiap bulan dalam masa 30 tahun tersebut?
Untuk contoh ini, kami akan gunakan kadar dividen dan bonus 6% setahun dan dengan syarat yang dividen dan bonus yang diumum setiap tahun tidak dikeluarkan dan dilabur semula dengan sepenuhnya.

Tetapi, adakah ini mencukupi?
Sama ada jumlah di atas cukup atau tidak, itu terpulang kepada anda. Mengikut Jabatan Perangkaan Negara, jangkahayat rakyat Malaysia ialah 75 tahun. Jika anda hidup sampai ke umur ini, bermakna anda harus menggunakan RM101,762.01 secara berjimat untuk 20 tahun atau RM424 sebulan, tanpa mengira inflasi.
3. Cara untuk menggandakan pulangan anda
a. Menambah jumlah wang yang anda laburkan setiap bulan
Ini cara yang paling ketara dan jelas untuk ramai orang. Tapi ia mungkin sedikit sukar untuk menambah jumlah pelaburan jika jumlah pendapatan anda tidak bertambah.

Seperti contoh di atas, jika anda menggandakan jumlah pelaburan daripada RM100 ke RM200 sebulan, pendapatan anda hanya akan bertambah dua kali ganda seperti jumlah pelaburan anda.
b. Melabur dalam instrumen pelaburan yang mempunyai kadar faedah paling tinggi.
Jika anda memilih cara ini, anda tidak perlu menambah jumlah pelaburan setiap bulan. Cuma cabarannya terletak kepada usaha dan keupayaan anda mencari instrumen pelaburan yang terbaik. Biasanya, pelaburan yang berupaya memberi pulangan lebih tinggi juga mengandungi risiko kerugian.

Berbeza dengan contoh sebelum ini, apabila anda menaikkan kadar faedah daripada 6% ke 10%, anda akan masih dapat menambah pendapatan dengan dua kali ganda, tanpa menambah jumlah pelaburan setiap bulan.
4. Perlukah saya buat pinjaman bank untuk membuat pelaburan?
Soalan ini serba sedikit kami sudah jawab di artikel kami sebelum ini. Klik sini untuk baca.
Kami percaya ini mengikut kesesuaian dan disiplin anda untuk melabur atau membayar hutang. Apa yang kami boleh lakukan adalah tunjukkan kiraannya kepada anda.
Contoh: Jika anda membuat pinjaman dengan kadar faedah tahunan 5.20%, dan mendapat pulangan dengan kadar dividen tahunan 6%, sebenarnya, anda hanya akan mendapat kadar dividen 0.8%.
Kadar dividen sebenar:
6% (kadar dividen) – 5.20% (kadar faedah pinjaman) = 0.8%

Contoh di atas menunjukkan jumlah wang yang tinggal pada akhir pelaburan, sekiranya anda menggunakan dividen untuk membayar pinjaman setiap tahun
Hanya Orang Kaya Boleh Mula Melabur. Mitos Atau Fakta?
Jawapan: Mitos.
Artikel ini bertujuan untuk menunjukkan kepada anda yang anda tidak perlu beribu ringgit untuk mula melabur. Lebih awal anda melabur, lebih banyak pulangan anda akan dapat semasa hari tua nanti.
Ini tidak bermaksud anda hanya perlu melabur RM100 setiap bulan sepanjang hidup. Setiap kali pendapatan anda bertambah, kami syorkan anda untuk tambah jumlah pelaburan anda setiap bulan.
Di dalam artikel yang seterusnya kami akan terangkan instrumen-instrumen pelaburan yang ada, termasuk ASB.
Pepatah Pepitih: Setiap kali anda nak membeli barang yang berharga RM100, anda boleh mula pertimbangkan kos lepas anda. Berbaloikah membeli kasut sukan berharga RM100 itu?
Gali Lagi: