Ketua pegawai eksekutif Kumpulan Etiqa Insurans dan Takaful Kamaluddin Ahmad dilaporkan berkata bantuan tersebut dilaksanakan bagi meringankan beban pelanggan.
“Mereka akan dibayar tuntutan walaupun ia tidak termasuk dalam perlindungan yang ditawarkan,” katanya.
Pelanggan Etiqa sebelum ini dapat membuat tuntutan untuk kelewatan penerbangan yang disebabkan situasi seperti mogok, cuaca buruk dan kerosakan mekanikal penerbangan.
Bagi pelanggan yang terbabit dalam masalah kelewatan itu, mereka boleh menghubungi Etiqa melalui aplikasi WhatsApp di talian 019-650-7931 (bermula jam 9 pagi hingga 5 petang, Isnin hingga Jumaat).
Mereka perlu mengemukakan nombor kad pengenalan, jadual penerbangan, pas masuk serta nombor akaun bank bagi proses bayaran tuntutan.

