BeritaGaya Hidup

Perkhidmatan Termurah Untuk Pergi ke Lapangan Terbang

Tahukah anda, ada perkhidmatan bas oleh RapidKL untuk pergi ke lapangan terbang KLIA dan klia2 daripada mana-mana stesen LRT, MRT atau Monorail?

Perkhidmatan bas ini bertolak setiap 30 minit dan berharga RM10. Dengan tiket ini, anda boleh naik tren daripada mana-mana stesen hingga ke Putra Heights, di mana anda boleh menaiki bas ke KLIA atau KLIA 2.

Pengguna boleh pergi ke lapangan terbang menggunakan perkhidmatan ini bermula pada Februari 2019.

Sementara itu, anda juga boleh menaiki komuter terus daripada KL Sentral ke Lapangan Terbang Subang/Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah.

Perkhidmatan ini dipanggil Skypark Link dan ada 30 perjalanan sehari dengan kekerapan setiap jam. Perkhidmatan ini bermula Mei 2018 dan tiket berharga RM5.


Pepatah Pepitih: Jadilah seorang pengguna pengangkutan awam yang bijak.


Gali Lagi:

  1. Laporan The Malay Mail tentang perkhidmatan bas ke KLIA dan KLIA 2: Klik Sini
  2. Laporan Soya Cincau tentang perkhidmatan bas ke KLIA dan KLIA 2: Klik Sini
  3. Jadual bas dari Stesen LRT Putra Heights ke KLIA dan KLIA 2: Klik Sini
  4. Laman web Skypark Link: Klik Sini
Tag

Artikel Berhubungkait

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button
Close
Close