Hartanah

Dapatkan Pembiayaan Pinjaman Perumahan 100% Dengan Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA)

Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA)

LPPSA ialah badan berkanun yang mentadbir pinjaman perumahan untuk penjawat awam. Pinjaman yang diberikan boleh mencapai 100% harga hartanah. Kadar pinjaman bergantung kepada gaji penjawat awam dan potongan tidak boleh melebihi 60% gaji (dengan jumlah semua hutang tidak melebihi 80%).

Jadual 1: Kadar gaji dan jumlah pinjaman yang layak diambil. Sumber: Laman web LPPSA.

Syarat kelayakan:

1. Warganegara Malaysia.

2. Kakitangan berjawatan tetap

  • Kerajaan Persekutuan (termasuk ahli Parlimen)
  • Kerajaan Negeri (termasuk Ahli Dewan Undangan Negeri)
  • Badan Berkanun
  • Pihak Berkuasa Tempatan
  • Askar/Polis

3. Berkhidmat sekurang-kurangnya 1 tahun dan jawatan telah disahkan. Bukan seorang yang:

  • Bankrap,
  • Berhutang terlalu banyak,
  • Tidak berkemampuan,
  • Sedang menerima tindakan tatatertib.

Anda boleh dapatkan maklumat lanjut dan terus memohon dalam talian, sekiranya layak, di laman web LPPSA.

Artikel Berhubungkait

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button