Bagaimana Memilih Hartanah Pertama Yang Sesuai Untuk Anda

Jadi, anda rasa anda sudah bersedia untuk membeli rumah atau apartment. Berikut kami senaraikan perkara yang anda perlu fikirkan untuk memilih hartanah yang sesuai untuk anda:
Kediaman atau pelaburan?
Anda mahu tinggal di situ, atau mahu dapatkan pulangan sewaan, dan akhirnya menjual?
Jenis dan lokasi hartanah berbeza sesuai untuk tujuan berbeza. Juga, kadar sewa dan harga rumah semasa serta unjuran harga masa depan wajib dikaji terlebih dahulu.
Berapa yang anda mampu akan menentukan jenis hartanah yang anda mampu beli.
Selain deposit (10% harga hartanah melainkan ada pakej khas pemaju), anda juga perlu sediakan wang untuk membayar kos guaman serta cukai setem bagi perjanjian jual-beli dan perjanjian pinjaman bank.
Setiap tahun, ada insentif pembeli rumah pertama seperti pengecualian cukai setem yang berbeza kadarnya. Sila periksa nilai insentif ini sebelum mencari unit hartanah.
Jenis Hartanah
Anda mahu rumah, atau kondominium? Apartmen? Flat? Jenis hartanah akan mempengaruhi carian anda.
Lokasi
Jarak daripada kemudahan asas, pengangkutan, dan keselesaan.
Penjual
Pemaju – sesetengahnya menawarkan bantuan bayaran deposit, atau kelebihan lain. Jaminan pulangan sewa oleh pemaju perlu dikaji dengan teliti.
Pemilik persendirian – ada yang mengubahsuai rumah mereka atau serius mahu menjual. Ini boleh memberi kesan kepada harga.
Program Kerajaan Negeri/Persekutuan – menawarkan harga/pakej menarik, tetapi perlu semak kelayakan.
Pepatah Pepitih: Membeli hartanah ialah satu komitmen jangka panjang. Perancangan yang bijak akan membantu anda membuat pilihan yang tepat bagi diri anda.