Hartanah

Berapa Harga Sebenar Sebuah Rumah? Kos-kos Yang Anda Bakal Hadapi Sebagai Pembeli Rumah Pertama

Berikut senarai perkara yang anda perlu fikirkan sebelum memutuskan pembelian hartanah pertama anda:

Bayaran pendahuluan

  • Sekurang-kurangnya 10% harga rumah, tunai. Untuk membeli rumah berharga RM300,000, perlu ada RM30,000 dalam tangan. Ini sebab bank akan memberikan pinjaman sehingga 90% harga rumah.
  • Ada pemaju yang menawarkan pakej membantu bayaran pendahuluan ini.
  • Anda juga mungkin boleh membuat pengeluaran KWSP, sekiranya layak.

Kelayakan pinjaman rumah

  • Rujuk dengan bank, perihal kelayakan anda.
  • Bank akan mengira ‘debt to service ratio’ atau kemampuan anda membayar hutang mengikut kiraan masing-masing.
  • Bank juga akan memeriksa status CCRIS dan CTOS anda.

Persediaan kos-kos lain

  • Kos guaman perjanjian jual-beli (SPA) = 1% harga rumah.
  • Cukai setem SPA =1% untuk RM100,000 pertama, 2% untuk RM100,001- RM500,000.
  • Kos guaman pinjaman = 1% jumlah pinjaman.
  • Cukai setem pinjaman = 0.5%.

Kaji tawaran istimewa

  • Setiap tahun, ada insentif berbeza untuk pembeli rumah pertama.
  • Antaranya, pengecualian cukai setem, atau projek perumahan istimewa.
Sesetengah pemaju ada menawarkan pakej istimewa untuk membantu dan Kerajaan menawarkan pelbagai insentif berlainan setiap tahun kepada pembeli rumah pertama..
Gambar oleh
chuttersnap daripada Unsplash

Sebagai contoh, ini anggaran kos untuk rumah berharga RM300,000 dan RM400,000, tanpa apa-apa bantuan skim istimewa, pengecualian setem duti atau projek perumahan istimewa:

Harga Rumah RM300,000 RM400,000
Bayaran Pendahuluan 30,000 40,000
Kos Guaman SPA 3,000 4,000
Cukai Setem SPA 5,000 7,000
Kos Guaman Pinjaman 2,700 3,600
Cukai Setem Pinjaman 1,350 1,800
Jumlah Dalam TanganRM42,050RM56,400
Ansuran Bulanan (pinjaman 90%, faedah 4.5% setahun selama 30 tahun) RM1,368.05 RM1,824.07

Pepatah Pepitih: Gunakan apa sahaja peluang, tawaran, skim atau insentif yang ada daripada pemaju atau Kerajaan untuk membeli rumah. Sila periksa tawaran pemaju dan skim insentif Kerajaan dengan rajin. Rujuk ejen hartanah bertauliah.

Artikel Berhubungkait

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button