Simpanan
Duit Habis Pada Hujung Bulan? Bagaimana Anda Boleh Memulakan Simpanan Dan Mencapai Semua Impian Hidup

Gambar oleh:Michael Longmire di Unsplash
Mungkin ramai yang mengeluh – bagaimana ingin memulakan simpanan atau pelaburan kalau duit habis di hujung bulan, atau lebih teruk lagi, di tengah bulan?
Kami ada beberapa petua untuk memulakan simpanan anda.
1. Buat senarai perbelanjaan
- Asingkan perbelanjaan kepada dua – perlu/wajib dan tidak perlu.
- Gunakan diari perbelanjaan untuk merekod perbelanjaan setiap hari.
- Perbelanjaan tidak perlu boleh dipotong untuk dijadikan simpanan.
- Jujurlah dengan diri sendiri.
2. Nyatakan sasaran anda
- Mahu beli kereta baru? Rumah baru? Mahu kahwin? Pergi bercuti?
- Anggarkan kos apa saja yang anda mahu dan letakkan tanda harga.
- Nyatakan bila anda mahukan impian anda itu.
3. Hutang ialah prioriti utama
- Sebelum mula menabung atau melabur, senaraikan juga semua hutang anda.
- Hutang boleh membesar, seperti tumor, sekiranya tidak diuruskan dengan baik.
- Uruskan hutang anda sambil mula menabung untuk impian anda.
4. Jangan putus asa
- Mungkin, selepas memotong semua perbelanjaan tidak perlu dan mengurus hutang, jumlah untuk simpanan nampak kecil.
- Namun, tidak kira berapa jumlahnya, ia boleh menjadi besar. Contoh: RM100 sebulan jika dimasukkan dalam Amanah Saham Bumiputera/Malaysia akan menjadi lebih RM7,000 selepas 5 tahun – cukup untuk melakukan Umrah atau mengadakan majlis kahwin sederhana.
Pepatah Pepitih: Sikit-sikit lama-lama jadi bukit amat tepat, sebab wujudnya faedah kompaun.