Anda Boleh Membawa Seluruh Keluarga Anda Mengerjakan Ibadat Haji Atau Membeli Sebuah Kereta Sekiranya Anda Berhenti Merokok Sekarang!

Sekiranya anda seorang perokok, kami ada berita baik – jika anda berhenti merokok sekarang, dan mula menabung dengan wang yang anda biasanya belanjakan ke arah rokok dan pemancis api, anda boleh mendapat jumlah wang yang banyak.
Anggaran kiraan di bawah dibuat berdasarkan tabiat merokok sekotak sehari dengan harga rokok RM17.40 /kotak. Dianggarkan seorang perokok membelanjakan RM20 sehari untuk tabiat ini, dengan jumlah RM7,200 dibelanjakan setahun.
Jenis pelaburan ialah Simpanan Tetap dan Amanah Saham Bumiputera (ASB) atau Amanah Saham Malaysia (ASM)
Pelaburan | Jumlah Setahun | Bil. Tahun | Kadar Dividen | Jumlah Akhir |
Simpanan Tetap | RM7,300 | 5 | 4.38% | RM39,840.54 |
ASB/ASM | RM7,300 | 5 | 7% | RM41,980.39 |
Jumlah sekitar RM40,000 cukup untuk membawa empat orang mengerjakan haji, atau lima orang mengerjakan umrah, dengan lebihan wang poket untuk membeli-belah. Jumlah ini juga hampir cukup untuk membeli sebuah kereta Perodua MyVi (RM42,790) secara tunai, atau membayar wang pendahuluan untuk sebuah rumah berharga RM400,000.
Pepatah Pepitih: Anda juga kurang risiko mengidap barah atau sakit jantung yang mampu meragut nyawa dan menelan belanja rawatan ratusan ribu, malah jutaan ringgit.