Simpanan

Manfaat Memulakan Diari Duit atau Jurnal Perbelanjaan Demi Mengukuhkan Kedudukan Kewangan Anda

Diari duit atau jurnal perbelanjaan ialah satu cara untuk membantu anda mencapai sasaran kewangan anda.

Sebelum anda mula menabung, atau merancang perbelanjaan di masa depan, anda perlu tahu berapa yang anda belanja setiap hari, minggu, bulan dan tahun. Diari duit ialah rekod anda sendiri tentang semua perbelanjaan, tidak kira besar atau kecil. Catatan ini anda akan kumpul di hujung setiap minggu/bulan

Ada pelbagai cara untuk memulakan diari duit anda, dan tiada yang salah – anda perlu cari cara yang sesuai untuk diri anda.

Cari format yang sesuai untuk anda

  • Anda boleh gunakan telefon pintar – ada aplikasi atau ‘app’ untuk diari duit, ada juga perisian Micosoft Excel atau apa-apa aplikasi yang boleh merekod catatan anda
  • Sesetengah orang menyimpan buku nota kecil dan pen sebagai diari duit

Lakukan dengan konsisten dan istiqamah

  • Diari duit hanya berkesan sekiranya dibuat setiap hari
  • Sekiranya anda terlupa mencatat, gunakan anggaran.

Jujurlah dengan diri sendiri

  • Semuanya tidak berguna sekiranya anda tidak jujur dengan diri sendiri

Pepatah Pepitih: Gunakan diari duit anda untuk memantau perbelanjaan dan merancang strategi tabungan dan pelaburan anda.

Tag

Artikel Berhubungkait

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button
Close
Close