Berita

Bantuan Sara Hidup (BSH) RM100 Untuk Orang Bujang

Berita baik untuk orang bujang – Kementerian Kewangan Malaysia telah mengumumkan Bantuan Sara Hidup (BSH) 2019 sebanyak RM100 akan diberikan kepada individu di bawah kategori bujang pada hujung Mac ini.

Bantuan ini menyasarkan 3 juta individu dan sejumlah RM300 juta telah diperuntukkan. Kelayakan berdasarkan nama yang tersenarai dalam pangkalan data BSH 2018.

“Berhubung dengan bayaran selanjutnya, kadar bantuan BSH bagi 2019 untuk golongan bujang akan dikaji semula dan dibentangkan kepada Jemaah Menteri untuk dimuktamadkan,” kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng dalam satu kenyataan rasmi Kementerian Kewangan.

Anda boleh bertanya lanjut dengan menghubungi talian bebas tol 1-800-88-2747 atau e-mel kepada: [email protected].


Pepatah Pepitih: Ambil peluang ini! Sila semak kelayakan BSH anda dan isi borang untuk mendapatkan RM100 (sekiranya layak).


Gali Lagi:

  1. Laporan tentang pengumuman BSH: Klik Sini
  2. Laporan kami tentang jumlah BSH: Klik Sini
  3. Muat turun borang BSH: Klik Sini
  4. Laporan Sinar Harian: Klik Sini
  5. Lap[oran Astro Awani: Klik Sini
  6. Siaran media Kementerian Kewangan: Klik Sini

Artikel Berhubungkait

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button