BeritaHartanah

Dana Rumah Mampu Milik – RM1 Billion Untuk Membantu Golongan B40 Membeli Rumah, Dilancarkan

Bank Negara Malaysia (BNM) telah mengumumkan Dana Rumah Mampu Milik (Dana BNM) berjumlah RM1 billion untuk membantu golongan B40 membeli rumah pertama.

Mengikut laporan akhbar Kosmo, dana itu dilancarkan oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng yang berkata inisiatif itu menyasarkan golongan berpendapatan tidak lebih RM2,300 sebulan bagi pembelian rumah bernilai sehingga RM150,000.

Ini selaras dengan kenyataan Menteri Perumahan dan Kerajaan tempatan, Zuraida Kamaruddin semalam, yang mengumumkan Kerajaan akan membina 1 juta rumah untuk golongan B40 dalam jangkamasa 10 tahun ini.

Dana berjumlah RM1 billion itu akan digunakan sepenuhnya untuk memberi inisiatif kepada pembeli daripada golongan B40 yang wajib mengikuti pendidikan kewangan yang ditawarkan melalui portal dalam talian dengan penilaian kendiri dikenali sebagai RumahKu oleh Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) .

Portal RumahKu bertujuan melatih dan menyediakan pembeli rumah dengan tanggungjawab kewangan yang perlu anda dalam pembelian berkomitmen tinggi.

Antara bank yang terlibat dengan inisiatif ini ialah Ambank, BSN, CIMB Bank, Maybank dan RHB Bank.


Pepatah Pepitih: Perkasakan diri anda dengan ilmu sebelum membuat pembelian hartanah. Sila baca artikel-artikel kami untuk pembeli rumah pertama ini:


Gali Lagi:

  1. Pengumuman 1 juta unit rumah dalam masa 10 tahun: Klik Sini
  2. Ketahui Kos-kos Yang Anda Bakal Hadapi Sebagai Pembeli Rumah Pertama: Klik Sini
  3. Bagaimana Memilih Hartanah Pertama Yang Sesuai Untuk Anda: Klik Sini
  4. 4 Kesilapan Biasa Pembeli Rumah Pertama Yang Anda Mahu Elak: Klik Sini
  5. Dan istimewa untuk penjawat awam: Pembiayaan Pinjaman Perumahan 100% dengan LPPSA: Klik Sini

Artikel Berhubungkait

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button