Uncategorized

Daftar Pengundi Kawasan Setempat Untuk Bantuan Kerajaan

Seseorang individu perlu mendaftar sebagai pengundi di kawasan setempat sekiranya beliau ingin mendapatkan bantuan kebajikan yang diluluskan kerajaan.

Menurut menteri kewangan Lim Guan Eng dalam sebuah laporan berita, syarat tersebut terpaksa dilaksanakan berikutan permohonan bantuan yang terlalu banyak tetapi bukan daripada kawasan setempat.

“Saya selalu lihat ada banyak permohonan bantuan kebajikan tetapi anehnya para pemohon bukan pengundi atau penduduk di kawasan ini. Kerajaan prihatin kepada mereka yang berdepan dengan masalah ekonomi atau masalah kesihatan tetapi perlu patuhi syarat menjadi pengundi dan penduduk di sini,” ujarnya dalam laporan agensi Bernama.

Syarat tersebut juga katanya, tertakluk dalam undang-undang kerajaan persekutuan. Menurut peruntukan dalam kerajaan persekutuan, bantuan kebajikan hanya tertumpu kepada sesebuah kawasan dan tidak boleh melangkaui kawasan yang lain.

Lim juga turut mengingatkan rakyat terutamanya daripada golongan berkemampuan rendah untuk berdaftar dalam skim perlindungan kesihatan mySalam bagi memastikan mereka mendapat bantuan perubatan yang diperlukan.

Pepatah Pepitih: Ketahui hak anda untuk mendapatkan peruntukan sewajarnya.

Gali Lagi:

  1. Laporan MalaysiaKini: Klik Sini
  2. Laporan The Star: Klik Sini

Artikel Berhubungkait

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button