Telekom Malaysia Lancar Aplikasi myunifi
Aplikasi ini yang kini boleh didapati melalui sistem Android dan iOS, menggabungkan semua jenis perkhidmatan berkaitan unifi fiber, unifi mobile dan unifi broadband.
Menurut Telekom Malaysia, melalui aplikasi myunifi, pengguna dapat boleh menikmati langganan mudah perkhidmatan unifi, menetapkan masa pemasangan perkhidmatan ini dan memantau perkembangan pemasangan akaun ini.
Selain itu, pengguna juga dapat berinteraksi secara langsung dengan ejen unifi untuk sebarang masalah berkaitan servis mereka.
Lebih menarik, pengguna juga boleh menerima mata ganjaran untuk setiap ringgit yang telah dibelanjakan. Mata ganjaran boleh ditebus dengan tawaran di laman-laman terpilih seperti Zalora dan sebagainya.
Walaupun anda tidak perlu mendaftar akaun anda untuk menggunakan aplikasi ini, anda disarankan untuk berbuat demikian untuk mengetahui maklumat akaun anda dengan lebih tepat, serta menikmati ganjaran yang dinyatakan diatas.
Untuk maklumat lanjut layari https://unifi.com.my/personal/

