Gaya HidupPelaburan

Kira Simpanan KWSP Anda Untuk Merancang Persaraan

Anda sebaik-baiknya bersedia untuk persaraan, terutama daripada segi kewangan. Bukan semua antara kita jutawan atau memiliki simpanan yang cukup – malah, kebanyakan antara kita mungkin akan mengalami kesukaran semasa bersara nanti, atau jika menjadi terlalu tua atau sakit untuk bekerja. Pepitih akan cuba memberi petunjuk bagaimana bersedia untuk persaraan dalam beberapa artikel, termasuk artikel ini.

Jika anda seorang pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), sudahkah anda berdaftar dengan KWSP i-Akaun? Sekiranya belum, anda disarankan supaya segera membuka akaun ini.

Selain daripada memberi maklumat terus tentang akaun caruman anda serta penyata kewangan yang terkini, portal KWSP ini telah diberi nafas baru. Antara peningkatan yang kami perhatikan ialah gambaran jumlah simpanan anda melalui imej carta pai untuk kedua-dua akaun anda.

Semakan Pepitih dalam portal i-Akaun ini turut mendapati, KWSP menawarkan khidmat kalkulator yang memberi unjuran ataupun anggaran jumlah simpanan anda ketika anda mencapai usia persaraan.

Kalkulator ini membantu untuk menganggarkan jumlah simpanan anda dalam KWSP apabila anda bersara kelak.

Anda hanya perlu memasukkan beberapa maklumat seperti umur, umur persaraan, gaji bulanan anda, kadar kenaikan gaji tahunan, kadar sumbangan anda serta anggaran kadar agihan dividen tahunan.

Setelah semuanya diisi, kalkulator ini akan memberi anggaran wang simpanan anda bergantung kepada maklumat yang telah anda berikan.

Kalkulator ini turut memaparkan sama ada jumlah simpanan Akaun 1 anda mencukupi ataupun kurang daripada sasaran, bergantung kepada usia.

Apakah tujuan KWSP memperkenalkan khidmat kalkulator ini?

Pada pendapat penulis, dengan memberi unjuran simpanan yang bakal dimiliki, pencarum dapat merancang simpanan serta keadaan kewangan di hari tua. Apatah lagi laporan Bank Negara Malaysia (BNM) pada tahun 2016 menyatakan sekiranya anda memiliki simpanan sebanyak RM480,0000, jumlah itu hanya dapat menampung perbelanjaan anda selama 20 tahun, itupun berdasarkan anggaran perbelanjaan seorang pesara kira-kira RM1,500 hingga RM2,000 sebulan.

BNM turut mendedahkan bahawa hampir 92% rakyat Malaysia bimbang dengan keperluan kewangan di hari tua dan rata-rata tidak bersedia dengan simpanan persaraan mereka.

Jadi, jangan tunggu lagi. Segera rancang kewangan anda. Gunakan khidmat yang telah disediakan serta dapatkan nasihat serta konsultasi pakar untuk menstruktur keadaan kewangan yang lebih baik. Laman web KWSP ialah tempat mula yang baik.

Pepatah Pepitih” Beringat sebelum kena, menabung sebelum tua.

Gali Lagi:

  1. Laman web KWSP dengan kalkulator persaraan: Klik Sini
  2. Artikel Utusan tentang anggaran RM480,000 untuk hari ntua: Klik Sini
    Source:

Artikel Berhubungkait

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button