Gaya HidupSimpanan

Bagaimana Memulakan Jurnal Perbelanjaan – Kami Tanya Salah Seorang Daripada Anda!

Memulakan jurnal perbelanjaan ialah satu langkah bijak untuk mengenalpasti, mengawal dan merancang perbelanjaan. Sekiranya anda mahu mula menabung atau memulakan simpanan, jurnal perbelanjaan amat berguna untuk anda memutuskan di mana anda boleh jimat untuk mendapatkan lebihan wang.

Kami bertanya salah seorang pembaca Pepitih, yang hanya mahu dikenali sebagai Hani, berumur 29 tahun, bagaimana beliau mengamalkan jurnal perbelanjaan setiap bulan selama 11 tahun kebelakangan ini.

Apakah pekerjaan Puan?
Editor buku

Sejak bila Puan mengamalkan catatan jurnal perbelanjaan atau diari duit?
2008

Apakah yang Puan ingin capai daripada mencatat jurnal perbelanjaan ini?
Untuk hadkan perbelanjaan seharian yang pada masa itu masih belajar di kolej. Tambahan terkini, untuk pantau keluar-masuk perbelanjaan lebih.

Apakah alat atau aplikasi yang Puan gunakan untuk mencatat jurnal perbelanjaan?
Saya gunakan aplikasi Money Manager Expense and Budget mulanya, tetapi aplikasi Moneyfy lebih mudah, walaupun berbayar.

Apa beza aplikasi ini?
Moneyfy lebih mudah, lancar dan terurus. Saya suka rekabentuknya.

Kami dapat satu contoh yang diberikan oleh Puan Hani untuk bulan Februari, menerusi aplikasi Moneyfy:

Rakaman skrin aplikasi Moneyfy untuk jurnal perbelanjaan Puan Hani bagi Februari 2019

Kita dapat lihat di atas, gaji Puan Hani selepas ditolak KWSP dan Socso ialah RM2,200. Perbelanjaan paling besar ialah untuk pinjaman kereta dan makanan. Puan Hani tinggal bersama suami, jadi sewa rumah tiada dalam kiraan.


Rakaman skrin aplikasi Moneyfy untuk perincian jurnal perbelanjaan Puan Hani bagi Februari 2019

Aplikasi ini menerima semua masukan, sama ada bayaran bil, pinjaman, makan di restoran mamak, ataupun membayar untuk perbelanjaan hiburan. Kita lihat di sini Puan Hani juga telah berjaya menyimpan RM317.77 pada akhir bulan ini.

“Jurnal perbelanjaan memudahkan untuk buat pantauan belanja. Dan dapat buat pencapaian dengan menyimpan perbelanjaan untuk ‘wishlist’,” kata Puan Hani.

Antara manfaat penggunaan jurnal perbelanjaan ialah Puan Hani telah berjaya memperuntukkan RM200 untuk membayar pinjaman Amanah Saham Bumiputera (ASB) yang telah dibuat beberapa tahun lalu.

“Memang dapat disiplinkan diri dalam perbelanjaan, di samping dapat membuat simpanan,” kata Puan Hani lagi.

Ada pelbagai aplikasi untuk membantu anda membuat jurnal perbelanjaan atau diari duit. Ada yang percuma dan ada yang berbayar – hampir semua ada analisa perbelanjaan tahunan. Anda akan dapat lihat ke mana anda belanjakan setiap sen wang gaji anda.

Kita boleh lihat daripada hasil Puan Hani yang telah menyimpan jurnal bahawa dia telah berjaya mengawal perbelanjaannya, malah mampu menabung dan membuat pinjaman ASB yang bakal menjamin masa depannya.

Anda bila lagi?


Pepatah Pepitih: Cari aplikasi seperti ini di Apple AppStore atau Google Playstore, atau anda boleh saja gunakan pen dan buku nota kecil (seperti Buku 555) dan rancang perbelanjaan serta simpanan anda.


Gali Lagi:

  1. Mana lebih untung – pinjaman ASB atau simpan setiap bulan?: Klik Sini
  2. Berhenti merokok dan beli kereta secara tunai!: Klik Sini
  3. Pandangan awal kami tentang diari duit atau jurnal perbelanjaan: Klik Sini
  4. Cara kreatif memulakan simpanan – selamatkan kenyalang atau selamatkan penyu?: Klik Sini

Artikel Berhubungkait

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button