Berita

Semak Kelayakan Program Subsidi Petrol (PSP) Anda

Kerajaan, menerusi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), akan melaksanakan Program Subsidi Petrol (PSP) mulai tahun hadapan.

Menurut menterinya Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, seramai 2.9 juta penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) daripada golongan B40 yang layak boleh menyemak kelayakan mereka mulai 15 Oktober lalu di http://psp.kpdnhep.gov.my.

Sekiranya ada nama penerima bantuan yang tercicir, mereka boleh melengkapkan maklumat melalui fungsi rayuan dalam portal itu.

“Jika anda adalah penerima BSH tetapi baru membeli kenderaan yang layak, sila mendaftar kenderaan anda dengan JPJ dan membuat permohonan baharu di portal PSP,” ujar Saifuddin dalam sebuah laporan berita.

Walaubagaimanapun, semakan hanyalah untuk penerima BSH sahaja dan bukan golongan berpendapatan sederhana (M40) yang bakal menerima Kad95 untuk program ini.

Sebarang pertanyaan boleh diajukan terus melalui hotline 1800886800, e-mel: psp@kpdnhep.gov.my atau melalui aplikasi WhatsApp di nombor 019-2786356.

Pepatah Pepitih: Sila periksa dan pastikan anda menerima manfaat yang sepatutnya.

Gali Lagi:

  1. Laporan Berita Harian: Klik Sini
  2. Laporan RTM: Klik Sini

Artikel Berhubungkait

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button