Berita

Kerajaan Terima Rayuan BSH Hingga 15 Ogos

Kerajaan kini membuka tempoh permohonan rayuan Bantuan Sara Hidup (BSH) 2019 hingga 15 Ogos 2019 bagi memastikan program itu disasarkan kepada individu yang benar-benar layak.

Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan berkata, golongan yang tidak layak pada saringan lalu boleh mengemukakan rayuan bersama dokumen berkaitan untuk disahkan semula oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) melalui proses rayuan tersebut.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata kerajaan akan terus mengambil langkah proaktif dalam menangani masalah dan isu yang timbul sepanjang pelaksanaan BSH.

“Kerajaan juga akan sentiasa menambah baik program BSH bagi memastikan bantuan yang diberikan adalah berkesan dan mencapai kumpulan sasar khususnya golongan berpendapatan rendah (B40) dalam membantu meringankan beban kos sara hidup rakyat,” katanya dalam sebuah kenyataan media.

Mereka yang ingin membuat rayuan boleh melakukannya menerusi permohonan rayuan dalam talian di portal BSH menerusi pautan https://bsh.hasil.gov.my/ atau pergi ke mana-mana cawangan atau Pusat Khidmat Hasil (PKH) dan Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM.

Setakat ini, jumlah keseluruhan pembayaran BSH 2019 bagi fasa pertama dan kedua ialah sebanyak RM2.62 bilion.

Pembayaran BSH 2019 fasa kedua dilaksanakan mulai 28 Mei lalu melibatkan 3.6 juta penerima di seluruh negara.

Orang ramai boleh menghubungi talian bebas tol 1-800-88-2747 serta e-mel kepada bsh@treasury.gov.my untuk sebarang pertanyaan lanjut.

Pepatah Pepitih: Masih ada masa untuk membuat rayuan sekiranya anda layak.

Gali Lagi:

  1. Anda boleh merayu di laman web BSH: Klik Sini
  2. Hantarkan emel kepada BSH di bawah Kementerian Kewangan: Klik Sini

Artikel Berhubungkait

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button