Uncategorized

Kerajaan Salur RM30 Untuk Pengguna E-Wallet

Demi merangsang ekonomi digital, kerajaan akan menyalurkan RM30 secara ‘one-off’ (sekali sahaja) kepada rakyat Malaysia yang layak bagi mempercepatkan transformasi ke arah penggunaan e-wallet.

Menurut Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas dengan pendapatan tahunan kurang daripada RM100,000 setahun layak menerima insentif berkenaan.

“Rangsangan digital secara one-off bagi setiap orang boleh ditebus dan digunakan untuk tempoh dua bulan bermula 1 Januari 2020 dan akan tamat pada 29 Februari 2020,” katanya menerusi pembentangan Bajet 2020.

Program rangsangan digital itu disambut baik oleh syarikat-syarikat e-wallet seperti Boost dan Fave.

Laporan The Star menyatakan program rangsangan ini akan menjadi galakan untuk rakyat Malaysia supaya lebih menggunakan e-wallet sekaligus mewujudkan masyarakat nirtunai dalam masa terdekat.

Menurut kajian Nielsen, sekitar 85% rakyat Malaysia menggunakan e-wallet dalam urusan seharian.

Pepatah Pepitih: Ruang waktu yang singkat untuk menuntut RM30 harus dimanfaatkan sebaiknya agar tidak terlepas RM30.

Gali Lagi:

  1. Laporan TheStar: Klik Sini
  2. Artikel SoyaCincau: Klik Sini


Artikel Berhubungkait

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button