Berita

Sila Laporkan Kepada Bank Sekiranya Anda Dikenakan Caj Tambahan Ke Atas Pembelian Menggunakan Kad

Kami ada menerima pertanyaan tentang kadar caj tambahan yang dikenakan oleh segelintir pekedai atas pembayaran menggunakan kad debit. Kami tidak terjumpa kedai seperti ini, dan merujuk kepada arkib berita demi menjawab kemusykilan dan kami ada berita baik yang mungkin telah terlepas pandang tahun ini.

Awal tahun 2018, Bank Negara Malaysia (BNM) telah melarang caj tambahan oleh peniaga untuk pengguna kad debit seperti yang dinyatakan di bawah Rangka Kerja Pembaharuan Kad Pembayaran yang diperkenalkan BNM. Larangan ini juga merangkumi kad kredit dan semua transaksi sedang dipantau oleh bank-bank yang mengeluarkan kad-kad ini.

Langkah ini bertujuan menggalakkan bayaran menggunakan kad yang lebih menjimatkan kos berbanding kaedah lain.

Jika anda dikenakan caj lebih sebab membayar menggunakan kad, sila laporkan kepada bank anda dengan segera. Sila baca laporan penuh Harian Metro di sini.

Pepatah Pepitih: Walaupun tiada caj tambahan, sila pantau perbelanjaan anda menggunakan kad – sama ada debit atau kredit – sebab senang sahaja melampaui kemampuan.

Tag

Artikel Berhubungkait

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button
Close
Close