BeritaPendidikan

PTPTN Galakkan Tabiat Menabung Dalam Geran Sepadan

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) berkata pihaknya akan terus mempromosikan skim
insentif Geran Sepadan bagi menggalakkan lebih ramai ibu bapa daripada golongan isi rumah berpendapatan rendah untuk (B40) menabung dalam skim berkenaan.

Menurut pengerusi PTPTN, Wan Saiful Wan Jan, hanya RM2.41 juta telah digunakan daripada sejumlah RM1 billion peruntukan yang  disediakan kerajaan Persekutuan sejak 2003.

Wan Saiful berkata jumlah penerima yang mendapat manfaat berkenaan adalah seramai 1,670 pendeposit dengan bilangan akaun sebanyak 1,803 sehingga 31 Mac 2019.

Beliau berkata perkara itu diumumkan Tun Dr Mahathir Mohamad semasa memegang jawatan Perdana Menteri ketika itu pada pembentangan Bajet 2003.

Insentif Geran Sepadan diberikan secara percuma sehingga RM10,000  untuk sebuah keluarga B40 membuat penabungan bagi tujuan pendidikan tinggi anak-anak mereka.

Menurut laman sesawang PTPTN, mulai 1 Januari 2015, pendeposit yang mempunyai pendapatan bulanan keluarga (gaji pokok) tidak melebihi RM4,000.00 sebulan layak dipertimbangkan pemberian Geran Sepadan tertakluk kepada beberapa syarat.

Pepatah Pepitih: Gunakan peluang yang ada, semak jika anda layak untuk mendapat manfaat daripada geran ini!

Gali Lagi:

  1. Laman web PTPTN tentang Geran Sepadan: Klik Sini
  2. Laporan Utusan Malaysia: Klik Sini
  3. Laporan Sinar Harian: Klik Sini

Artikel Berhubungkait

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button