Berita

MyPay Mudahkan Urusan Bayaran Saman dan Pinjaman

Orang ramai kini berpeluang melakukan pembayaran saman dan pinjaman serta melakukan semakan maklumat berkaitan menerusi platform perkhidmatan digital terbaru, MyPay.

MyPay telah dilancarkan baru-baru ini dan menawarkan kemudahan seperti menyemak baki pinjaman, membuat bayaran untuk pinjaman, maklumat terkini saman trafik dan cukai tertunggak, keupayaan memperbaharui lesen serta membuat aduan dan laporan melalui perkhidmatannya.

Pengarah Eksekutif MyPay, Sabri Rahman dilaporkan berkata, perkhidmatan itu dibangunkan untuk menggabungkan maklumat individu yang berkaitan dengan perkhidmatan kerajaan dan perkhidmatan pembayaran dalam talian dengan kecekapan digital.

Menurutnya, perkhidmatan itu menghubungkan pengguna dengan pelbagai agensi kerajaan antaranya Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), RAM Credit Information Sdn Bhd (RAMCI).

Menurut Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, risiko penipuan digital dapat dikurangkan melalui platform ini.
“Melihatkan kepada demonstrasi penggunaan MyPay, kemudahan ini sangat sesuai dan boleh dipercayai sekaligus potensi penipuan itu kurang,” katanya.

Pepatah Pepitih: Cubalah semua platform pembayaran yang ada dan ambil manfaat yang mana ada.

Gali Lagi:

  1. Laporan Harian Metro: Klik Sini
  2. Laporan TheEdge: Klik Sini

Artikel Berhubungkait

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button