Hutang

Iqram Dinzly Diisytihar Bankrap – Adakah Anda Juga Berisiko?

Pelakon Iqram Dinzly diisytihar bankrap baru-baru ini akibat gagal melunaskan bayaran tunggakan cukai kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Adakah anda juga terdedah kepada risiko ini, dan apakah akibat diisytihar bankrap? Seseorang boleh diisytihar bankrap sekiranya ada Perintah Penghukuman daripada Mahkamah Tinggi ke atas penghutang yang gagal membayar hutang melebihi RM50,000.

Anda boleh semak status anda – sama ada bankrap atau tidak – menerusi carian MyEG (dengan bayaran RM12) atau CCRIS.

Seseorang yang diisytihar bankrap harus:

  1. Mengisytihar semua aset.
  2. Menyerahkan passpot (tidak boleh ke luar negeri melainkan dengan kebenaran khas Ketua Pengarah Insolvensi (KPI)).
  3. Mempunyai satu akaun bank sahaja.
  4. Memiliki satu kad kredit sahaja dengan had RM1,000.
  5. Menyerahkan laporan pendapatan dan perbelanjaan setiap enam bulan.

Orang bankrap juga tidak dibenarkan memegang apa-apa jawatan pengurusan dalam apa-apa organisasi.

KPI akan menjual semua aset anda untuk tujuan membayar balik hutang dan anda hanya berhak memiliki kelengkapan mencari rezeki/berniaga, pakaian, tempat tidur dan keperluan untuk keluarga tidak melebihi RM5,000.

Status bankrap bukanlah sesuatu yang orang biasa inginkan, jadi demi mengelak status ini, kami syorkan:

  1. Berbelanja mengikut kemampuan.
  2. Tidak berhutang melebihi 70% pendapatan.
  3. Bayar hutang mengikut jadual.
  4. Semak status kewangan anda dengan bank, LHDN, PTPTN dan institusi lain.

Pepatah Pepitih: Jika anda risau tentang bayaran cukai anda, LHDN ada tawaran istimewa tahun ini!

Artikel Berhubungkait

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button