
Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, mengumumkan tawaran kadar penalti 10% untuk mereka yang tidak mengisytihar pendapatan, atau salah pengisytiharan dilanjutkan ke 30 Jun.
Sebelum ini, tawaran penalti 10% (daripada kadar asal 300% untuk sesetengah kes) di bawah Program Khas Pengakuan Sukarela (PKPS) Lembaga Hasil Dalam Negeri berakhir pada 31 Mac. Selepas itu, kadar yang ditawarkan asalnya ialah 15% sehingga akhir Jun. Sekarang, kadar yang ditawarkan hingga akhir Jun ialah 10%.
NOTA: Ini bukan kadar cukai, tetapi kadar penalti yang harus dibayar daripada jumlah cukai yang sepatutnya dibayar, SEKIRANYA terlepas pandang selama ini. Kadar penalti biasa ialah 300%, jadi 10% atau 15% amat rendah!
Menurut Lim, LHDN telah menerima 381,979 pengakuan sukarela dan Jemaah Menteri bersetuju melanjutkan tempoh PKPS berikutan sambutan yang sangat menggalakkan daripada pembayar cukai
Bermula 1 Oktober ini, kadar penalti 45 peratus ke atas akan dikenakan bagi mana-mana kesalahan tidak mengemukakan Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) dan juga kesalahan kurang melaporkan cukai pendapatan.
Jadi, gunakan peluang ini untuk membersihkan rekod cukai anda supaya tidak terkena penalti yang tinggi.
Untuk sebarang pertanyaa, sila kunjungi mana-mana Pejabat LHDN atau hantar e-mel kepada pengakuansukarela@hasil.gov.my. Hasil Care Line: 1-800-88-5436 atau 037713 6666.
Pepatah Pepitih: Ambil peluang keemasan ini sebelum anda dikejar oleh kecuaian silam. Jangan sudah terantuk baru tengadah.
Gali Lagi: