Grab Perkenal Pay Later, Guna Dahulu, Bayar Kemudian

Grab bakal memperkenalkan perkhidmatan baru, Pay Later untuk pengguna di Malaysia yang membolehkan mereka menggunakan perkhidmatan terlebih dahulu, dan membayar kemudian dalam satu bil sahaja.
Perkhidmatan Pay Later ini telah pun dilancarkan di Singapura dan pengguna di Malaysia dijangka dapat menggunakan perkhidmatan ini ke atas kesemua jenis perkhidmatan Grab seperti Grab Food, Grab Rides dan juga Grab Express.
Tarikh bil yang akan dikenakan adalah pada setiap 7 haribulan pada bulan selanjutnya.
Tiada caj tambahan atau faedah yang akan dikenakan selagi pengguna membayar bil tepat pada masanya. Pengguna dapat melakukan pembayaran melalui kad debit ataupun kad kredit menerusi GrabPay.
Sekiranya gagal menyelesaikan pembayaran pada tempoh yang ditetapkan, perkhidmatan PayLater akan digantung sementara dan pengguna perlu membayar RM10 untuk yuran pentadbiran dan meneruskan perkhidmatan tersebut.
Pepatah Pepitih: Berhati-hati jika mula berhutang. Bukan semua kemudahan berhutang itu baik. Jadi, gunakan dengan bertanggungjawab.
Gali Lagi: