BeritaPendidikan

PTPTN Sedia Bantu Peminjam Struktur Semula Pinjaman

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN) sedia membantu peminjam untuk menstruktur semula pinjaman mereka dengan syarat peminjam perlu bersemuka dan berbincang demi penstrukturan semula.

Pengerusi PTPTN Wan Saiful Wan Jan dilaporkan berkata pihaknya sedia membantu peminjam yang tidak mampu membayar pinjaman termasuk mereka yang kehilangan pekerjaan.

“Saya minta supaya mereka yang tidak mampu bayar datang bertemu dan kita boleh susun semula struktur pembayaran tersebut.

“Kita akan pastikan betul-betul mereka tak mampu dan kita boleh bantu,” katanya.

Wan Saiful berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Perasmian Program Jelajah Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) 2019 peringkat Pahang di Dewan Konvensyen Sultan Haji Ahmad Shah di Pekan baru-baru ini.

Beliau juga menasihatkan masyarakat dalam kategori B40 untuk memanfaatkan insentif Geran Sepadan yang merupakan insentif kewangan yang diberikan kepada pendeposit SSPN-i dengan jumlah tidak melebihi RM10,000 bagi satu keluarga yang layak.

Pepatah Pepitih: Silalah bayar pinjaman PTPTN. Kegagalan untuk membayar menzalimi mereka yang bakal memohon pinjaman ini kelak, dan ini mungkin anak cucu kita pula. Janganlah mengikut sikap orang munafik.

Gali Lagi:

  1. Laporan Sinar Harian: Klik Sini
  2. Laporan Harian Metro: Klik Sini

    Source:

    https://www.sinarharian.com.my/article/49751/BERITA/Nasional/Peminjam-PTPTN-hilang-kerja-boleh-struktur-semula-bayaran

    https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2019/09/501671/ptptn-sedia-bantu-struktur-semula-pinjaman

Artikel Berhubungkait

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button