Berita

ANGKASA Seru Kakitangan Awam, GLC Waspada Terhadap Tawaran Pinjaman

Kakitangan kerajaan dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) diseru supaya berwaspada dengan pelbagai tawaran pinjaman kecemasan sempena musim perayaan ini.
Menurut presiden Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia (ANGKASA), Datuk Abdul Fattah Abdullah, pihaknya telah mendapati ada syarikat pemberi pinjaman mendakwa mereka adalah ejen ANGKASA dan sedia membantu penjawat awam atau kakitangan GLC untuk mendapatkan pinjaman segera bagi meringankan beban persiapan Aidilfitri.
Untuk mengelakkan diri daripada menjadi mangsa kegiatan tidak bertanggungjawab ini, ANGKASA mengingatkan penjawat awam atau GLC untuk menyemak terlebih dahulu status syarikat atau ejen syarikat pinjaman wang terbabit, sama ada mewakili koperasi seperti didakwa mereka atau tidak.
Abdul Fattah, dalam sebuah laporan berita berkata, taktik digunakan wakil syarikat pemberi pinjaman wang ini adalah dengan menampal iklan dengan mendakwa mereka daripada koperasi tertentu dan boleh menguruskan pinjaman mudah serta pembayaran balik melalui potongan gaji.
“Kita memandang serius perkara ini kerana ejen terbabit menggunakan nama ANGKASA dan pihak kami mengingatkan orang ramai, terutamanya penjawat awam supaya tidak terpedaya dengan iklan seumpama itu,” katanya.
Berdasarkan rekod ANGKASA, terdapat kira-kira 800 koperasi dibenarkan menawarkan pinjaman wang kepada ahli, termasuk penjawat awam dan kakitangan GLC dan daripada jumlah itu, hanya 400 koperasi yang aktif menawarkan pinjaman pada kadar faedah munasabah.
Pepatah Pepitih: Jaga-jaga ketika berbbelanja semasa musim perayaan. Tanya diri sendiri – perlukah berhutang demi untuk beraya? Meriahnya sekejap saja, sakit membayarnya lama.
Gali Lagi:
1. Laporan Berita Harian: Klik Sini
2. Laporan The Star: Klik Sini
Tag

Artikel Berhubungkait

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button
Close
Close