Berita

Touch ‘n Go Pay Direct Kini Diperkenalkan ke 10 Lebuh Raya

Touch ‘n Go telah memperluaskan kaedah pembayaran Pay Direct ke 10 buah lebuh raya di Lembah Kelang bermula 22 April, berbanding hanya tiga lebuh raya semasa mula diperkenalkan pada bulan Februari lalu.

Lebuh raya yang kini terlibat dalam senarai penggunaan Pay Direct adalah Guthrie Corridor Expressway (GCE), Kajang Dispersal Link Experessway (SILK), Maju Expressway (MEX), Lebuh Raya Grand Sepadu (GRANDSEPADU), Lebuh Raya Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH), Lebuh Raya Kuala Lumpur-Kuala Selangor (LATAR) dan Lebuh Raya Cheras-Kajang (GRANDSAGA).

Pay Direct membolehkan pengguna menghubungkan sehingga tiga kad fizikal Touch n ‘Go ke aplikasi eWallet mereka. Sebaik sahaja kad telah dipautkan dengan eWallet, caj tol secara automatik akan ditolak daripada eWallet setiap kali kad yang berkaitan digunakan di tol, tanpa apa-apa potongan pada kad itu sendiri.

Menurut Touch ‘n Go, enam buah lebuh raya akan turut menerima pembayaran melalui PayDirect dalam masa terdekat.

Lebuhraya tersebut adalah Besraya Experessway (BESRAYA), Lebuh Raya Damansara-Puchong (LDP), Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak (KLK), Lebuh Raya Baru Pantai (NPE), Lebuh Raya Shah Alam (KESAS) (SPRINT).
Selain daripada menjimatkan masa untuk menambah nilai kad Touch ‘n Go, pengguna Pay Direct turut berpeluang menikmati promosi rebat sebanyak 20% untuk pembayaran tol terpilih berkenaan apabila pengguna menggunakan applikasi  ini. 


Pepatah Pepitih: Sebahagian lagi langkah menjadikan Malaysia negara bebas tunai. Bersedialah untuk kenyataan ini.


Gali Lagi:

  1. Kenyataan Touch n Go: Klik Sini
  2. Artikel Paul Tan: Klik Sinil

Artikel Berhubungkait

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button