Uncategorized

Surcaj Parkir 10% Touch N Go Dihapuskan Secara Berperingkat

Caj 10 peratus Touch ‘n Go di kawasan parkir kenderaan akan dihapuskan secara berperingkat berpandukan kontrak sedia ada yang perlu dilunaskan.

Menurut Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Chong Chieng Jen, pemansuhan secara menyeluruh hanya dapat dilaksanakan setelah semua kontrak Touch N Go dan syarikat terlibat tamat.

“Apabila tamatnya kontrak sedia ada, ia (caj 10 peratus) tidak akan dikenakan lagi. Ini dilakukan secara berperingkat,” Chong dilaporkan berkata.

Beliau turut menjelaskan bahawa caj 50 sen yang dikenakan kepada pengguna apabila menambah nilai di beberapa kawasan, tidak diterima oleh Touch ‘n Go sebaliknya penyedia perkhidmatan.

“Caj 50 sen tersebut tidak dikutip oleh Touch ‘n Go, tetapi pengusaha sesetengah stesen minyak atau pasar raya yang menawarkan perkhidmatan itu,” ujarnya.

Pepatah Pepitih: Berhati-hati dengan caj-caj kecil yang dikenakan kepada kita oleh peniaga atau penyedia perkhidmatan. Jumlah ini mampu mengikis kewangan kita secara beransur-ansur. Bayangkan kalau nilai kecil ini disimpan atau dilaburkan dalam ASB.

Gali Lagi:

  1. Laporan Astro Awani: Klik Sini
  2. Laporan MalaysiaKini: Klik Sini

Artikel Berhubungkait

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button