Lebih 80,000 Individu Muflis Sejak 2015

Semenjak tahun 2015 sehingga 2019, sejumlah 80,625 kes bankrap direkodkan Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) dengan individu berbangsa Melayu paling ramai diisytiharkan muflis.
Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Keong, untuk tahun ini sehingga bulan Ogos, 7,871 kes bankrap telah direkodkan.
“Sebanyak 18,457 kes kebankrapan direkodkan pada 2015; 19,588 kes pada 2016; 18,227 kes pada 2017 dan 16,482 kes tahun lepas,” katanya di Dewan Rakyat baru-baru ini.
Melayu mencatat sebanyak 56 peratus daripada keseluruhan 80,625 kes bankrap, iaitu sebanyak 45,147 kes.
Ia diikuti kaum Cina sebanyak 26 peratus, India (11.3 peratus), dan lain-lain ( 6.7 peratus).
Bagi peringkat umur pula, Liew berkata individu berumur 25-34 tahun dan 45-54 tahun masing-masing mencatat peratus kebankrapan tertinggi iaitu sebanyak 25.3 peratus.
Menteri tersebut dilaporkan berkata antara langkah dan strategi bagi membantu golongan ini ialah dengan memberi kesedaran serta kefahaman kepada individu itu sendiri, dan masyarakat tentang risiko atau kesan daripada perintah kebankrapan serta mewujudkan program kesedaran melalui Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK).
Pepatah Pepitih: Teruskan membaca Pepitih untuk kesedaran kewangan anda!
Gali Lagi: