Gaya Hidup

Kereta Sendiri Atau Aplikasi ‘Ride-Hailing’ Seperti Grab: Yang Mana Lebih Jimat?

Aplikasi ‘ride-hailing’ seperti Grab, MyCar dan EZCab semakin popular, tetapi adakah ia lebih jimat daripada menggunakan kereta sendiri.

Anggaran ini untuk perjalanan 10km dua kali sehari, setiap hari, selama setahun. Tambang Grab dikira pada RM1.10/km untuk waktu biasa dan RM1.30/km pada waktu sesak, dengan purata RM1.20/km. Grab mengenakan caj RM1 setiap tempahan. Satu perjalanan 10km menggunakan Grab dianggarkan pada RM13.

Model kereta yang kita gunakan ialah Perodua MyVi 1.5H Automatic.

Anggaran KosGrab (Setahun)Kereta Sendiri (Setahun)
Tambang
– 730 perjalanan setahun
– RM13/perjalanan
RM9,490
Ansuran Bulanan
– Harga MyVi 1.5 H Automatic = RM50,290
– % faedah pinjaman = 2.9%
– Peratusan pinjaman = 90%
– Ansuran bulanan = RM859.50
RM10,314
Petrol
– 6.5L/100KM
– Harga petrol: RM2.20/L
– 600KM/sebulan
RM1,372.80
Penyelenggaraan
– Andaian 1% daripada harga beli RM50,290 (untuk tahun pertama)
RM500
Insurans dan Cukai Jalan
– Insurans = RM900
– Cukai jalan = RM70
RM970
Tol dan Parkir
– RM300 sebulan (andaian)
RM3,600
JumlahRM9,490RM16,756.80

PepatahPepitih: Penjimatan RM7,266.80 mungkin nampak banyak, tetapi kos akan naik atau turun bergantung penggunaan, jenis kereta, dsb. Kos masa juga tidak dikira dalam anggaran ini. Satu lagi pilihan – pengangkutan awam.

RM7,266.80 bersamaan 990 cawan kopi.

Tag

Artikel Berhubungkait

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button
Close
Close