BeritaInsurans

Adakah Anda Layak Menerima Insurans dan Takaful Kesihatan Percuma Bernilai RM2 billion? Skim Perlindungan Nasional B40 Memanfaatkan Golongan Berpendapatan Rendah

Kerajaan telah mengumumkan Skim Perlindungan Nasional B40 bermula 1 Januari 2019. Skim ini memberi perlindungan insurans dan takaful kesihatan bagi golongan B40.

Menurut Jabatan Perangkaan Negara, golongan B40 ialah mereka yang pendapatan isi rumahnya berada pada purata RM2,537 sebulan, dengan median RM3,000. Dianggarkan, seramai 4.1 juta isi rumah B40 berumur 18-55 tahun akan mendapat manfaat daripada skim ini.

Skim ini memberi perlindungan kesihatan percuma daripada 36 jenis penyakit kritikal sehingga had RM8,000, dan memberi bayaran harian RM50 selama pesakit menerima rawatan sehingga 14 hari setahun. Sejumlah RM2 billion telah diperuntukkan untuk skim ini.

Skim Perlindungan Nasional B40 akan berjalan pada 1 Januari 2019 manakala pendaftaran dan perkhidmatan sokongan pelanggan bermula pada 1 Mac 2019.

“Pendaftaran boleh dilakukan secara dalam talian dan tiada pemeriksaan perubatan diperlukan untuk pengesahan kelayakan. Semua penerima yang layak di bawah skim ini akan dimaklumkan melalui sistem pesanan ringkas (SMS),” kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng.

“Maklumat lanjut mengenai mekanisme dan pelaksanaan skim ini akan dihuraikan apabila ia dilancarkan secara rasmi pada awal tahun depan,” katanya. Sila baca laporan penuh Berita Harian di sini.

Pepatah Pepitih: Berita baik untuk golongan B40. Golongan M40 dan T20 harus memikirkan perlindungan kesihatan mereka juga.

Artikel Berhubungkait

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button