BeritaInsurans

Grab Umum Skim Insurans Harian Untuk Pemandu 

Syarikat e-panggilan Grab Malaysia telah melancarkan skim insurans, Grab Insurans Harian, untuk rakan pemandunya berikutan pelaksanaan lesen Kenderaan Perkhidmatan Awam (PSV) bulan lalu.

Melalui skim perlindungan Grab Insurans Harian, pemandu syarikat ini perlu bayar RM1-2 sehari menerusi aplikasi dalam talian.

Skim ini memastikan pemandu akan dilindungi selama 24 jam bermula apabila pemandu mengaktifkan skim tersebut dan mula memandu dengan Grab untuk hari itu.

Insurans ini melindungi kehilangan atau kerosakan kepada kenderaan, liabiliti kepada pihak ketiga, kemalangan peribadi untuk pemandu, liabiliti undang-undang kepada penumpang, dan liabiliti undang-undang penumpang untuk sebarang kecuaian.

Tahap perlindungan juga berbeza daripada penanggung insurans kepada pemegang insurans.

Dengan produk ini, pemandu hanya membayar insurans ketika aktif menjadi pemandu Grab sahaja. Mereka tidak perlu membeli insurans e-panggilan tahunan.

Pepatah Pepitih: Pemandu Grab perlu melihat skim syarikat mana yang ditawarkan (ada beberapa pilihan dalam skrin aplikasi) sebab setiap satu memberi perlindungan berbeza.

Gali Lagi:

  1. Pengumuman Grab: Klik Sini
  2. Laporan RinggitPlus: Klik Sini

 

Artikel Berhubungkait

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button