HutangKad Kredit

Pindahan Baki – Satu Pilihan Untuk Menangani Hutang Kad Kredit Anda

Sekiranya anda mempunyai hutang kad kredit yang banyak, salah satu cara membayarnya ialah dengan menggunakan khidmat pindahan baki yang ditawarkan sesetengah bank.

Pindahan baki atau ‘balance transfer’ ialah apabila anda memindahkan baki hutang dalam kad kredit anda kepada kad yang dikeluarkan oleh bank lain.

Baki hutang pada kad kredit dikenakan faedah tinggi, antara 15-18% setahun dan biasanya ialah jenis hutang pertama yang anda perlu bayar.

Sebagai contoh, sekiranya anda ada hutang kad kredit RM4,000 dan tidak pernah membayar selama setahun, anda akan dikenakan caj 15% setahun. Sekiranya anda mula membayar RM200 sebulan dan tidak menggunakan kad itu langsung, anda harus membayar selama 24 bulan dengan jumlah faedah RM631.79. Sumber: laman web Calculator.com.my.Anda boleh mencuba jumlah hutang kad kredit anda di situ.

Dengan menggunakan pindahan baki, anda boleh mengalih hutang anda kepada kad kredit bank lain dan dikenakan peratusan faedah jauh lebih rendah. Malah, ada bank yang menawarkan kadar faedah 0%. Anda mungkin dikenakan satu caj pembayaran yang rendah, seperti 1% atau 6% tetapi ini akan dikenakan sekali sahaja. Kadang-kadang, ada promosi dan caj ini juga menjadi RM0.

Jadi, sekiranya anda mahu menangani hutang kad kredit anda, sila tanya tentang pindahan baki atau balance transfer dengan bank yang anda pilih.


Pepatah Pepitih: Gunakan kad kredit dengan berhati-hati dan berdisiplin untuk mengelak hutang yang banyak.


Gali Lagi:

  1. Bandingkan tawaran pindahan baki di RinggitPlus: Klik Sini
  2. Bandingkan tawaran pindahan baki di iMoney: Klik Sini
  3. Baca panduan pindahan baki TheStar: Klik Sini

Tag

Artikel Berhubungkait

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button
Close
Close