Berita

Penjawat Awam Terima Bantuan Kewangan Khas 18 Disember

Penjawat awam Gred 56 dan ke bawah akan menerima bantuan kewangan khas sebanyak RM500 manakala pesara pula akan menerima RM250 pada 18 Disember ini.

Menteri Kewangan Lim Guan Eng dilaporkan berkata, bayaran khas tersebut membabitkan peruntukan sebanyak RM1 bilion.

“Pembayaran sebelum hujung tahun dibuat antara lainnya untuk membantu ibu bapa dalam kalangan penjawat awam dengan persiapan untuk persekolahan anak mereka menjelang tahun baharu,” katanya dalam sebuah kenyataan.

Bantuan RM500 itu melibatkan 1.5 juta penjawat awam Persekutuan merangkumi pegawai lantikan tetap serta pegawai kontrak.

Bayaran khas sebanyak RM250 pula akan disalurkan kepada satu juta pesara termasuk veteran tidak berpencen dan pesara awam tidak menerima pencen bagi mengenang khidmat bakti mereka.

Dalam sebuah laporan lain, kerajaan Perlis turut mengumumkan bantuan kewangan sebanyak RM600 kepada penjawat awam negeri itu daripada Gred 1 hingga 54.

Menteri Besar, Datuk Seri Azlan Man berkata pesara kerajaan negeri turut menerima RM300.

Penjawat awam yang bergred jawatan utama sektor awam (JUSA) di Perlis turut menerima bayaran RM600 dan pembayaran akan turut dibuat pada 18 Disember kelak.

Pepatah Pepitih: Gunakan habuan ini dengan bijak. Mungkin boleh baca artikel kami tentang pelaburan di ASB atau SSPN-i.

Gali Lagi:

  1. Laporan Harian Metro: Klik Sini
  2. Laporan Astro Awani: Klik Sini
Tag

Artikel Berhubungkait

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button
Close
Close