Skim Pencen Akan Dikaji Demi Kepentingan Rakyat

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kerajaan sedia mengkaji skim pembayaran pencen kepada kakitangan awam dari masa ke masa untuk kepentingan rakyat secara menyeluruh.
Petikan berita Awani melaporkan, Dr Mahathir berkata skim pencen mula menimbulkan masalah apabila melibatkan perbezaan pembayaran pencen berdasarkan gaji terakhir penjawat awam terdahulu dan masa kini.
“Jadi yang bersara sekarang ini pencen dia RM10,000. Yang bersara 20 tahun lalu kekal RM2,000-RM3,000 macam itulah tetapi kos sara hidup sudah meningkat jadi semua ni masalah yang kita perlu kaji sepanjang masa sebab kita hendak jaga kepentingan rakyat,” ujar Dr Mahathir selepas majlis perasmian Konvensyen Padi Kebangsaan 2019.
Minggu lalu, ketua Jabatan Perkhidmatan Awam Datuk Seri Borhan Dolah berkata, mulai tahun hadapan lantikan baharu dalam perkhidmatan awam mungkin tidak lagi dibuat di bawah skim tetap dan berpencen sebaliknya digantikan dengan skim lantikan kontrak yang ditambah baik.
Menurutnya, langkah itu diputuskan dalam mesyuarat Jawatankuasa Khas Pembaharuan Perkhidmatan Awam pada Oktober 2018 yang mahukan perkhidmatan awam dikecilkan secara berfasa dan berdasarkan keperluan selain mengurangkan bebanan pencen yang kini mencecah RM28 bilion.
Walaubagaimanapun, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail berkata cadangan tersebut masih dikaji dan belum lagi dibentangkan di kabinet.
Pepatah Pepitih: Walau apa pun yang terjadi, kita semua perlu membuat perancangan untuk persaraan.
Gali Lagi: