Pendidikan

Biaya Kos Pendidikan Anak Anda Pada Masa Depan Tanpa Meminjam Menggunakan Skim di Bawah Kelolaan PTPTN – SSPN-i Plus

Jika anda ibu bapa yang bertanggungjawab, anda mungkin risau tentang kos pendidikan anak anda pada masa depan. Sekarang, ada tabung pendidikan baru oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang membuatkan usaha menabung untuk Pendidikan anak anda sesuatu yang menguntungkan dan penuh manfaat sampingan.

SSPN-i Plus memberikan anggaran dividen 4.25% setahun – lebih tinggi daripada simpanan biasa dan boleh dibandingkan dengan simpanan tetap, dan ia patuh syariah. Sebagai contoh, jika anda menyimpan RM300 sebulan, dalam masa 20 tahun, ketika anak anda perlukan dana untuk pendidikan, akaun SSPN-i Plus di bawah namnya akan ada RM103,000.

SSPN-i Plus bukan hanya tabung untuk Pendidikan, tetapi juga menawarkan perlindungan takaful sehingga RM1 juta. Ini bermakna semua pemegang akaun SSPN-i Plus (anak anda) dilindungi oleh insurans nyawa, penyakit kritikal, khairat kematian dan lain-lain, tanpa perlu pemeriksaan kesihatan.

Akaun SSPN-i Plus juga menawarkan cabutan bertuah tahunan bernilai RM1 juta atau cabutan bulanan berupa pakej pelancongan dalam negara bernilai RM4,000 beserta RM1,500 wang belanja. Ada juga cabutan setiap suku tahun dengan hadiah pakej pelancongan keluarga untuk mengerjakan umrah atau ke Disneyland Tokyo.

Anda juga boleh mendapat pengecualian cukai hingga RM6,000 dengan mencarum dalam SSPN-i Plus.

Untuk maklumat lanjut, sila ke laman web SSPN-i Plus.

Pepatah Pepitih: Ini tabung pendidikan yang amat bagus dan semua ibu bapa yang ada anak kecil harus menimbangkannnya dengan serius.

Tag

Artikel Berhubungkait

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button
Close
Close