Pelaburan

Maklumat Asas Amanah Saham Bumiputera – Peluang Pelaburan Risiko Rendah Paling Baik Untuk Bumiputera

Antara semua jenis bentuk pelaburan yang ada untuk Bumiputera di Malaysia, yang paling baik semestinya Amanah Saham Bumiputera atau ASB. Unit amanah ini dikelolai oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB), dan dilancarkan pada 2 Januari 1990 .

ASB ialah unit amanah tetap, yang bermaksud harga ditetapkan RM1 seunit. Unit amanah ini menjamin semua pelaburan tidak akan rugi sebab harga tidak akan jatuh di bawah kadar RM1. Jika anda melabur sebanyak RM1000 ke dalam ASB, anda akan dapat menjualnya kembali untuk RM1000 tidak kira bila anda mahu mengeluarkannya.

Kadar pulangan pula tinggi , antara 7-14% setahun, dengan 7% (6.5% dividen dan 0.5% bonus) pada 2018, berbanding simpanan tetap pada 2.85-4.35% setahun. Malah, tiada simpanan risiko rendah di Malaysia yang lebih tinggi pulangannya daripada ASB.

Berbeza dengan unit amanah lain, ASB tidak mengenakan caj untuk jualan balik, bermakna apabila pencarum ingin mengeluarkan wang dengan menjual unit amanah ini, akan mendapat 100% nilai unit amanah. Had caruman dalam ASB ialah RM200,000.

ASB diiktiraf oleh semua majlis-majlis fatwa kebangsaan dan negeri pada 2017. Semua majlis fatwa ini mengharuskan pelaburan ASB dan Amanah Saham Nasional (ASN), satu lagi unit amanah di bawah PNB.

Pepatah Pepitih: Anda boleh melabur dalam ASB melalui caruman sendiri, potongan gaji atau menerusi pinjaman. ASB ialah pelaburan jangka panjang atau sederhana dengan kadar minimum 3-5 tahun untuk menikmati pulangan yang baik.

Selain ASB, ada pelbagai unit amanah di bawah PNB, termasuk Amanah Saham Nasional, Amanah Saham Wawasan 2020, dan sebagainya. Tiada had eksklusiviti Bumiputera untuk unit amanah yang lain ini.

Artikel Berhubungkait

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button