Berita

Touch ‘n Go Perkenal Dasar Jaminan Wang Kembali

Syarikat e-wallet Touch ‘n Go telah memperkenalkan Dasar Jaminan Wang Dikembalikan iaitu polisi perlindungan dan keselamatan untuk pembayaran mudah alih di Malaysia.

Tujuan dasar ini adalah untuk memastikan hak dan akaun penggunanya terpelihara menerusi gabungan keselamatan dan kemudahan dalam satu aplikasi.

Pengguna e-wallet ini kini bukan sahaja boleh melaporkan sebarang transaksi yang diragui serta tidak sah, malah mereka turut dapat menuntut pulangan dengan hanya mendaftar masuk ke dalam aplikasi berkenaan atau mengunjungi laman sesawang tngd.my/mbg.

Sebaik sahaja akaun itu disahkan, perlindungan jaminan wang dikembalikan itu akan diaktifkan dengan lambang perlindungan e-dompet tertera di butang profil pengguna.

Menurut ketua eksekutif TNG Digital Sdn Bhd, Syahrunizam Samsudin dalam sebuah laporan berita usaha ini turut dijalankan demi mewujudkan ekonomi tanpa tunai yang bersifat inklusif.

Industri e-wallet dikawal selia oleh pihak Bank Negara Malaysia bagi memastikan amalan aspek pematuhan, tadbir urus dan standard keselamatan serta transaksi selamat untuk para pengguna.

Pepatah Pepitih: Dasar yang melindungi pengguna wajar disambut baik. Dasar yang buruk pula patut ditegur.

Gali Lagi:

  1. Laman Web TouchnGo: Klik Sini
  2. Laporan Berita Harian: Klik Sini


Artikel Berhubungkait

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button