Berita

GrabPay E-Wallet Pertama Menggunakan DuitNow QR

GrabPay muncul sebagai penyedia perkhidmatan pertama yang menggunakan DuitNow QR, hasil kerjasama dengan Payments Network Malaysia (PayNet).

“Berlandaskan kerjasama ini, kami yakin ia akan mendorong GrabPay untuk terus menyediakan kaedah pembayaran yang lancar dan selamat untuk pelanggan dan peniaga,” kata Pengarah Urusan GrabPay Malaysia, Singapura dan Filipina, Ooi Huey Tyng, dalam sebuah laporan berita baru-baru ini.

DuitNow QR, katanya dapat memudahkan pengguna selain peniaga dapat mengutip pembayaran secara selamat pada kos yang lebih efektif.

Selain daripada itu, GrabPay turut memperluaskan perkhidmatannya apabila menjalinkan kerjasama dengan 3,000 rakan dagang termasuk pusat membeli-belah hypermarket, panggung wayang dan gedung e-dagang Zalora.

Melalui kerjasama ini, pengguna kini hanya perlu membayar barangan atau perkhidmatan yang dikehendaki menerusi GrabPay sahaja.

Pepatah Pepitih: ‘Perang’ e-wallet makin hangat dan kita sebagai pengguna hanya perlu mengaut keuntungan dalam jangkamasa ini. Gunakan semua kelebihan dan tawaran istimewa dengan bijak.

Gali Lagi:

  1. Laporan Focus Malaysia: Klik Sini
  2. Laporan Berita Harian: Klik Sini

Artikel Berhubungkait

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button