89 Peratus Rakyat Malaysia Bimbang Simpanan KWSP Tidak Mencukupi

Sebanyak 89 peratus rakyat Malaysia mengakui bimbang simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) tidak mencukupi namun hanya 38 peratus sahaja yang mempunyai perancangan untuk usia persaraan.
70 peratus pula mengakui tidak mampu mengawal kewangan meskipun ramai berpendapat bahawa mereka menguruskannya dengan baik selama ini.
Ini adalah hasil dapatan kajian Literasi Kewangan Malaysia RinggitPlus (RMFLS) 2019 dengan kerjasama Visa baru-baru ini.
Lebih membimbangkan, sekitar 20 peratus pula hanya boleh hidup kurang daripada sebulan dengan wang simpanan mereka.
Ketua Pegawai Eksekutif RinggitPlus, Liew Ooi Hann dilaporkan berkata, kajian berkenaan juga mendedahkan sebanyak 43 peratus rakyat di negara ini membelanjakan semua pendapatan mereka atau lebih.
Beliau berkata, situasi itu lebih membimbangkan apabila statistik terbabit meningkat sebanyak 10 peratus berbanding tahun lalu.
Pepatah Pepitih: Perkasakan pengetahuan kewangan peribadi anda untuk menghadapi hari-hari yang mendatang.
Gali Lagi: