Berita

Had Transaksi Tunai Bakal Diperkenalkan?

Bank Negara Malaysia (BNM) sedang mempertimbangkan untuk mengenakan had kepada urus niaga tunai sehingga RM25,000 sebagai salah satu langkah untuk mengelakkan aktiviti penggubahan wang haram.
“Langkah itu akan mengurangkan penyalahgunaan tunai dengan menangani kemudahan menjalankan transaksi tunai bernilai tinggi,” ujar Gabenor BNM Datuk Shamsiah Mohd Yunus dalam sebuah laporan berita.
Menurut Nor Shamsiah, Jawatankuasa Penyelaras Peringkat Kebangsaan bagi Pencegahan Pengubahan Wang Haram (NCC) akan memberi penerangan kepada orang awam mengenai cadangan itu pada akhir bulan ini

Tempoh rundingan bermula dari 11 November hingga 31 Disember 2019 dan orang ramai, pihak industri serta pihak berkepentingan lain digalakkan memberi maklum balas bertulis berkenaan persoalan yang dikemukakan serta isu berkaitan.
 
Antara cadangan BNM adalah memastikan sebarang transaksi menggunakan wang tunai untuk pembayaran barangan dan perkhidmatan menerusi perniagaan ke perniagaan (B2B); perniagaan kepada pengguna (B2C); pengguna kepada pengguna (C2C) serta sebarang pemindahan wang tunai secara fizikal seperti derma.
Walaubagaimanapun terdapat beberapa pengecualian seperti transaksi tunai melalui atau dengan bank berlesen di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013, bank Islam berlesen di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 atau pengendali berlesen di bawah Akta Perniagaan Perkhidmatan Wang 2011 atau institusi yang ditetapkan di bawah Akta Institusi Kewangan Pembangunan 2002.
Pepatah Pepitih: Nampaknya masa depan tanpa tunai akan hadir lebih cepat sekiranya langkah ini diambil. Bersiap sedialah untuk realiti ini dan teruskan membaca Pepitih!
Gali Lagi:
1. Laporan Sinar Harian: Klik Sini
2. Laporan Berita Harian: Klik Sini

Artikel Berhubungkait

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button